Mungkin ramai yang anggap kos untuk menanam tebu agak mahal dan tidak ekonomi. Pada kali ini petani akan membuat perkiraan secara ringkas kos menanam tebu untuk keluasan 2.5 ekar (Fasa Pertama).
Untuk fasa pertama projek, petani menanam lebih kurang 2800 rumpun tebu. Kos menanam dan penjagaan utk 7 bulan pertama seperti berikut
1. Sewaan Jengkaut – RM 480 x 3 hari = RM 1440
2. Benih - RM 350 (Pukal)
3. Baja - RM 1500
4. Racun - RM 250
5. Pam Racun x2 - RM 550
6. Peralatan - RM 300
7. Mesin Pam Air - RM 500
8. Misc - RM 200
Jumlah - RM 3590
… dan determination yang tinggi.
Katakan lebih kurang RM 4000 telah dibelanjakan untuk 2800 rumpun. Persoalannya, adakah pelaburan ini berbaloi?
Tebu fasa pertama akan mula dituai pada bulan puasa 2015. Katakan petani mendapat 8,500 batang tebu dari 3 batang setiap rumpun (kiraan senang dan minimum) dan harga sebatang RM 2.50 (harga minimum bulan puasa):
8500 x RM 2.50 = RM 21,250
Kiraan tersebut hanya untuk 3 batang tebu setiap rumpun. Kebiasaannya terdapat 5 hingga 10 batang setiap rumpun dan tebu boleh bertahan lebih dari 3 tahun jika dijaga dengan baik. Harga tebu adalah mengikut gred. Kiraan diatas adalah jangkaan 3 batang tebu gred A bagi setiap rumpun.
Kiraan itu tidak termasuk kos man-hour dimana sepanjang 7 bulan pertama petani hanya menggunakan masa sekitar 500 jam untuk projek ini. Petani hanya bekerja kurang dari 4 jam sehari.
Kiraan kos adalah paling minimum dimana petani tidak melaburkan wang yang banyak untuk membeli peralatan dan baja. Gunakan apa yg ada, kadang-kadang ambil tahi kambing untuk buat baja. Maklumlah modal pun tak banyak.
Untuk meningkatkan pendapatan tanaman tebu, petani merancang untuk menjual air tebu di pasar Ramadhan. Petani telah mendapat 2 tapak pasar Ramadhan. Bayangkan keuntungan menjual air tebu menggunakan tebu sendiri.
Terbaikk!!
ReplyDeleteBerapa lama tempoh tebu matang
ReplyDeleteBerapa lama tempoh tebu matang
ReplyDelete9 bulan
ReplyDeleteDimana mahu beli benih tersebut sila beri pencerahan
ReplyDeleteBenih tebu sekitar selangor ada tak?kalau ada email saya...urgent
ReplyDelete