Wednesday 13 May 2015

Projek Tebu 2.0


15 Oct 2014 - Kerja-kerja pembersihan dimulakan di kawasan tanah terbiar. Keluasan kawasan lebih kurang 3 ekar (Fasa 1). Kami menyewa jentera dengan kos sewa sehari RM 480. Kerja-kerja pembersihan mengambil masa 4 hari.

Sebagai makluman, kawasan tanaman telah diusahakan oleh arwah ayah pada tahun 2007 - 2009 dengan tanaman tebu.  Projek tebu tidak disambung kerana kos pembelian baja naik akibat kejatuhan ekonomi pada tahun 2008. Tambahan ayah sudah mengjangkau usia. Petani dan abang-abang yang lain pula di perantauan.
Petani telah mendapat kebenaran dari pengurusan Felda Pasoh 2 untuk mengusahakan tanah tersebut. Beliau memberi galakan dan sokongan kepada Petani untuk menjayakan projek ini agar menjadi contoh kepada belia-belia di kampung ini.



   Kerja-kerja pembersihan mengambil masa lebih kurang 7 hari. Kami sekeluarga bersama mak dan abang    membantu membersihkan ladang. Kerja yang memenatkan dan menjerihkan. Panas dan peluh hapak,          bukan senang. 

Kalau google, banyak blog yang kemut ilmu, petani cuba explain secara bergambar. Kalau sesiapa yang berminat petani boleh bagi tunjukajar percuma je.
Selesai kerja pembersihan, backhoe mula mengorek lubang 1’x2’ dan >1’ dalam. Dalam fasa pertama, sebanyak lebih kurang 2800 lubang digali.






Petani mendapatkan bekalan benih dengan membeli benih di ladang-ladang tebu di sekitar daerah Jempul dan Jelebu. Petani mendapati terdapat pengusaha ladang tebu yang diusahakan oleh warga Indonesia yang telah bermastautin di daerah ini.  Bayangkan kegigihan mereka mencari rezeki di sini. Banyak tanah terbiar yang telah diteroka untuk penanaman tebu. Belia kita?








Harga benih tebu telor sekitar 30 -50 sen sepotong. Oleh kerana bekalan benih sukar didapati, petani terpaksa menjelajah ke pelosok kampong dan berjaya mendapatkan benih secara pukal.



Benih tebu dikerat antara 4-5 ruas dan direndam ke dalam air yang telah dicampurkan dengan racun serangga. Seterusnya tabur satu sudu racun furadan ke dalam lubang.  Racun tersebut bertujuan mengelakan jangkitan kepada benih tebu.
Pastikan tunas tebu diletakkan ke atas dan kambus dengan sedikit tanah.




Dah timbus… tunggu, tunggu, tungguuuuu entry lepas ni pulak

4 comments:

  1. Mano latest entry eaa jang? lamo nunggu ni..

    ReplyDelete
  2. Mana info2 tanaman saudara...kalau nk blajar tnya org lama dlm bdng tebu...tnya ckgu daeng...ingtkan byk sgt lmu yg d beri...hampeh jugak rupnya

    ReplyDelete
  3. Mana info2 tanaman saudara...kalau nk blajar tnya org lama dlm bdng tebu...tnya ckgu daeng...ingtkan byk sgt lmu yg d beri...hampeh jugak rupnya

    ReplyDelete
  4. Petani boleh tinggalkan no hp tak? sy skrg tgh usaha tebu....banyk soalan yg nak tanya....atau email kpd sy khairulamir0990@gmail.com

    ReplyDelete