Showing posts with label tebu jelebu. Show all posts
Showing posts with label tebu jelebu. Show all posts

Sunday, 20 December 2015

When Petani is ranting…

Many of my twitter followers thought that my tweet will be about how to plant stuff and tweet my daily routine from my farm. People expect me to explain technical term in agriculture which I don’t obtained from any learning institution. My technical knowledge is pretty limited in a way that I inherited knowledge from my late father. Obviously, I am not in the agriculture field. I was a rocket scientist before :D!  I am here for many reasons.  

I tweet policy matters and stuff to upbringing the agriculture image. I am capitalizing my good looking ‘sindir-menyindir’ skills to ask questions that no other Petani at my age will do. I asked questions and it does not mean I am against it but I am giving the different perspective.  I am offering reality view! All issues in agriculture will be my subject … kononnya ‘arm-chair’ watchdog lagaknya :P

Why I am such a little bitch ranting in the twitter for unknown purpose? Some were looking at my critical views as an attempt to outsmart them (?) …an institution perhaps :P  huhu  I bet they should read between the lines.  Yes I am critical bitch and I bite! I object the formality of being ‘agreeculture in organisation’ and substitute with reality.

I am new breed Petani version 2.0 with Gen-Y gene. I am your nightmare if you treat me like a poor peasant. I am the voice and a tax payer!

Well… don’t take it seriously because I am here to help you in upbringing agriculture image in this country. It is time for this country to have smart committed young Petani like me. Kan?

Majulah Pertanian untuk Negara!



Wednesday, 13 May 2015

Kos dan Pulangan Tanaman Tebu


Mungkin ramai yang anggap kos untuk menanam tebu agak mahal dan tidak ekonomi. Pada kali ini petani akan membuat perkiraan secara ringkas kos menanam tebu untuk keluasan 2.5 ekar (Fasa Pertama).



Untuk fasa pertama projek, petani menanam lebih kurang 2800 rumpun tebu. Kos menanam dan penjagaan utk 7 bulan pertama seperti berikut
1. Sewaan Jengkaut        – RM 480 x 3 hari = RM 1440
2. Benih                            - RM 350 (Pukal)
3. Baja                              - RM 1500
4. Racun                           - RM 250
5. Pam Racun x2              - RM 550
6. Peralatan                      - RM 300
7. Mesin Pam Air              - RM 500
8. Misc                              - RM 200
Jumlah                             - RM 3590
… dan determination yang tinggi.
Katakan lebih kurang RM 4000 telah dibelanjakan untuk 2800 rumpun. Persoalannya, adakah pelaburan ini berbaloi?
Tebu fasa pertama akan mula dituai pada bulan puasa 2015. Katakan petani mendapat 8,500 batang tebu dari 3 batang setiap rumpun (kiraan senang dan minimum) dan harga sebatang RM 2.50 (harga minimum bulan puasa):
8500 x RM 2.50 = RM 21,250
Kiraan tersebut hanya untuk 3 batang tebu setiap rumpun.  Kebiasaannya terdapat 5 hingga 10 batang setiap rumpun dan tebu boleh bertahan lebih dari 3 tahun jika dijaga dengan baik. Harga tebu adalah mengikut gred. Kiraan diatas adalah jangkaan 3 batang tebu gred A bagi setiap rumpun.
Kiraan itu tidak termasuk kos man-hour dimana sepanjang 7 bulan pertama petani hanya menggunakan masa sekitar 500 jam untuk projek ini.  Petani hanya bekerja kurang dari 4 jam sehari.
Kiraan kos adalah paling minimum dimana petani tidak melaburkan wang yang banyak untuk membeli peralatan dan baja.  Gunakan apa yg ada, kadang-kadang ambil tahi kambing untuk buat baja. Maklumlah modal pun tak banyak. 
Untuk meningkatkan pendapatan tanaman tebu, petani merancang untuk menjual air tebu di pasar Ramadhan. Petani telah mendapat 2 tapak pasar Ramadhan. Bayangkan keuntungan menjual air tebu menggunakan tebu sendiri. 

Projek Tebu 2.0


15 Oct 2014 - Kerja-kerja pembersihan dimulakan di kawasan tanah terbiar. Keluasan kawasan lebih kurang 3 ekar (Fasa 1). Kami menyewa jentera dengan kos sewa sehari RM 480. Kerja-kerja pembersihan mengambil masa 4 hari.

Sebagai makluman, kawasan tanaman telah diusahakan oleh arwah ayah pada tahun 2007 - 2009 dengan tanaman tebu.  Projek tebu tidak disambung kerana kos pembelian baja naik akibat kejatuhan ekonomi pada tahun 2008. Tambahan ayah sudah mengjangkau usia. Petani dan abang-abang yang lain pula di perantauan.
Petani telah mendapat kebenaran dari pengurusan Felda Pasoh 2 untuk mengusahakan tanah tersebut. Beliau memberi galakan dan sokongan kepada Petani untuk menjayakan projek ini agar menjadi contoh kepada belia-belia di kampung ini.



   Kerja-kerja pembersihan mengambil masa lebih kurang 7 hari. Kami sekeluarga bersama mak dan abang    membantu membersihkan ladang. Kerja yang memenatkan dan menjerihkan. Panas dan peluh hapak,          bukan senang. 

Kalau google, banyak blog yang kemut ilmu, petani cuba explain secara bergambar. Kalau sesiapa yang berminat petani boleh bagi tunjukajar percuma je.
Selesai kerja pembersihan, backhoe mula mengorek lubang 1’x2’ dan >1’ dalam. Dalam fasa pertama, sebanyak lebih kurang 2800 lubang digali.






Petani mendapatkan bekalan benih dengan membeli benih di ladang-ladang tebu di sekitar daerah Jempul dan Jelebu. Petani mendapati terdapat pengusaha ladang tebu yang diusahakan oleh warga Indonesia yang telah bermastautin di daerah ini.  Bayangkan kegigihan mereka mencari rezeki di sini. Banyak tanah terbiar yang telah diteroka untuk penanaman tebu. Belia kita?








Harga benih tebu telor sekitar 30 -50 sen sepotong. Oleh kerana bekalan benih sukar didapati, petani terpaksa menjelajah ke pelosok kampong dan berjaya mendapatkan benih secara pukal.



Benih tebu dikerat antara 4-5 ruas dan direndam ke dalam air yang telah dicampurkan dengan racun serangga. Seterusnya tabur satu sudu racun furadan ke dalam lubang.  Racun tersebut bertujuan mengelakan jangkitan kepada benih tebu.
Pastikan tunas tebu diletakkan ke atas dan kambus dengan sedikit tanah.




Dah timbus… tunggu, tunggu, tungguuuuu entry lepas ni pulak